Sunday 29 March 2015

TELEKUNG KAK LONG

Telekung Bonda


     Saya masih ingat masa tu saya darjah 4 je . . Tahun 1987. Sebenarnya emak dah lama dah jahit telekung tapi x lah serius sangat. Tahun tu emak pergi haji. Balik dari haji emak mula serius menjahit telekung. Alhamdulillah mendapat sambutan.
     Emak memang aktif orangnya . . . banyak business dia dah buat. Boleh dikatakan semua menjadi . . . Alhamdulillah. Tapi yang ini lain auranya . . . Emak kata hatinya tenang bila jahit telekung.
     Tahun ini emak dah 68 tahun! Masih aktif dengan kelas agamanya dan business telekungnya. Kadang-kadang saya terfikir juga . . . adakah saya akan aktif seaktif emak di usia begitu?  Syukur ya Allah dengan  anugerah Mu.
     Dengan besar hati saya ingin memperkenalkan Telekung Kak Long . . . Telekung Bonda. Memang ramai dah yang menjadi agen / menjual telekung emak. Terima Kasih semua ! !  Ramai juga yang dah belajar menjahit dengan emak dan ada yang dah buat business sendiri.  Alhamdulillah . . . . ilmu itu ilmu Allah . . . rezeki itu rezeki Allah . . Allah akan kurniakan pada yang Dia kehendaki. Yang penting kita JUJUR dan IKHLAS . . . . Insya Allah.

Keistimewaan Telekung Kak Long


Bahagian muka yang amat selesa. Kedutan dahinya dijahit tangan dengan halus sekali membuatkan ianya kemas melekap. Si pemakai tidak perlu memakai anak tudung. Sangat sesuai dipakai untuk mengerjakan haji atau umrah kerana ianya insya Allah sentiasa kemas walau  dipakai lama dan bertawaf.



Kainnya pula cukup labuh dan dilengkapi dengan tali yang memang sukar terbelit. Ianya disisip di dalam jahitan kain tetapi dikunci supaya tidak tercabut dari kain.



Jenis-jenis Telekung

(1) Telekung Kain Cotton dengan Renda Cotton




(2) Telekung Kain Licin Dengan Renda Benang




(3) Telekung Kain Cotton Sulam China dengan Renda Cotton





(4) Telekung Kain Cotton Sulam China dengan Renda Benang